Berhati-hati di luar rumah !

Assalamualaikum!

Lama tak update blog ni, alhamdulillah akhirnya saya sudah habis tahun 1 di UTM Skudai !

Yeyy yeeyy, cuti untuk 2 bulan. Tanam anggur di rumah sajalah !

Okay kat sini sebenarnya ain nak nasihat sikit kepada awak di luar sana. 

HATI-HATI BILA KELUAR RUMAH !

Lagi-lagi yang ada anak kecil. Tolong jaga anak awak baik-baik. Sekarang banyak kes budak kecil kena culik. Minta dijauhkan daripada kita semua. Kalau boleh jangan dibiarkan anak tu keseorangan..bawa saja dia ke mana-mana walaupun leceh sekali pun. Tapi tu kan anak kita? Kenapa nak mengeluh kan?

Teringat kata mak, mak tak pernah tinggalkan kami keseorangan atau suruh orang jaga. Bagi mak, biarlah mak yang jaga anak-anak dia. Tak mahu susahkan orang..

Hah sebab tu la kami susah nak berenggang dengan mak! huhu. Kalau abah dengan mak pergi kedai runcit pun kami akan ikut, sebab dah biasa !

Oh ya, tak lupa juga ! Kepada anak-anak remaja terutama yang perempuan pun kena hati-hati juga ! Banyak kes jenayah melibatkan remaja sekarang terutama kes culik dan rogol.

Allah.

Manusia zaman sekarang macam tak kisah nak buat jenayah? Manusia zaman sekarang tiada nilai perikemanusiaan? Haiwan pun lebih baik daripada manusia.

Kenapa ya semua ini terjadi? Padahal MALAYSIA ni negara ISLAM.. bukan ke negara ISLAM patut lebih selamat? Macam zaman Rasulullah dahulu.. Hidup aman damai dalam sesebuah negara walaupun ada orang bukan Islam di dalam negara itu.

Wallahualam.

Semoga Malaysia ini akan menjadi negara yang betul-betul mengamalkan ISLAM sepenuhnya. Amin !

MARI KITA BERZIKIR ! <3




Comments

  1. salam bw di bulan ramadhan..maaf lambat bw..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna yew..pray for gaza :D

    ReplyDelete
  2. betul. sekarang ni nak keluar kena tengok kiri kanan dan tak boleh nak jalan sorg2 sgt.. bahaya..
    btw, jemput datang ke blog saya.. http://nurmukkaromah.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?